Amaran Warning: I am able to write to the configuration file: /home/mudaosma/public_html/includes/configure.php. This is a potential security risk - please set the right user permissions on this file.
Troli Beli Belah 0 item
Bahasa : Bahasa Malaysia  English  
Login
Email
Password
MainHistoryAbout UsContact UsMy AccountSpecial OffersNew Realeses


Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

Kategori
Cawangan
Jualan Terbaik
Bagitahu Rakan
Bagitahu seseorang yang anda kenal tentang produk ini.

If you cannot hear the sound, your computer or browser doesn't support the sound format

Or, you have your speakers turned off

SEJARAH

Latar Belakang

Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. (SMO) telah dipelopori oleh Allahyarham Haji Muda Osman pada awal tahun 1939. Bermula dengan perniagaan runcit, borong dan pengedaran pelbagai jenis buku dan alat tulis, Syarikat Muda Osman telah meceburi bidang pengedaran dan pemasaran rokok di sekitar daerah Pasir Mas.

Seterusnya Haji Muda Osman telah mengembangkan sayap perniagaan beliau ke Kota Bharu yang mana pada masa yang sama perniagaan ini telah dititihkan kepada anak-anak beliau iaitu Haji Hassan, Haji Othman dan Haji Yusoff. Di bawah pengurusan dan pentadbiran mereka, Syarikat Muda Osman telah berkembang menjadi salah sebuah syarikat bumiputera yang berjaya dan dikenali ramai serta diiktiraf keupayaannya dari aspek kewangan dan kredibiliti.

Sejajar dengan perkembangan pesat perniagaan, Syarikat Muda Osman telah diperbadankan pada 25 Ogos 1987. Peningkatan taraf perniagaan ini bertujuan untuk mengiktiraf ahli-ahli keluarga yang berkelayakan profesional dalam mentadbirkan perniagaan dan seterusnya menerajui pengurusan syarikat dalam perniagaan buku dan rokok.

Pada tahun 1998, walaupun dalam suasana ekonomi negara yang sedang meleset SMO telah menambah modal dibenarkan dari RM500,000.00 ke RM5,000,000.00 dan modal berbayar dari RM165,003.00 ke RM1,005,003.00. Ini menunjukkan satu petanda positif dari segi penilaian prestasi, keupayaan perniagaan dan kestabilan kewangan.

SMO telah diiktiraf sebagai pengedar tunggal Dawama Sdn. Bhd. untuk buku-buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka di seluruh negeri Kelantan di samping beberapa penerbit yang tidak asing lagi di kalangan pembaca antaranya Sasbadi, Pelangi, Oxford Fajar, MPH, Pearson, Utusan Publications dan lain-lain. SMO juga merupakan pembekal utama buku-buku teks pelajaran ke sekolah sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi di negeri Kelantan. Di samping itu juga SMO merupakan penaja kepada beberapa Pesta Buku Kelantan, satu acara tahunan anjuran Jabatan Pelajaran Kelantan dan Persatuan Perpustakaan Sekolah Kelantan (PUSTAKA) bagi mempromosikan buku-buku disamping menggalakkan budaya membaca di kalangan pelajar-pelajar sekolah serta kanak kanak di pelbagai peringkat usia.

Dalam bidang pengedaran rokok pula, pada tahun 1993 SMO telah dilantik sebagai pengedar tunggal MTC Marketing Sdn. Bhd. untuk seluruh negeri Kelantan dan utara Terengganu.

Pada bulan November 1999, lanjutan dari penggabungan syarikat induk Malaysian Tobacco Company Berhad dengan Rothman International Berhad, SMO telah membuat keputusan untuk menarik diri dari bidang pengedaran rokok. Secara strategik SMO telah membuat keputusan untuk mengembangkan lagi perniagaan buku dan alat tulis dengan membuka cawangan-cawangan di sekitar negeri Kelantan dan Terengganu.

Sehingga kehari ini, SMO telah mempunyai rangkaian kedai buku dan alat tulis di sekitar negeri Kelantan iaitu di Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Rantau Panjang dan termasuk satu cawangan di Jerteh, Terengganu.

SMO kini diuruskan oleh Lembaga Pengarah, Hj. Hassan Bin Muda, Hj. Yusoff Bin Muda, Hj. Kamaruzaman Bin Muda, Hj Ahmed Kamel Bin Che Muda dan En Ahmed Azim Bin Othman dengan dibantu oleh sekumpulan pekerja yang mahir dan berpengalaman dalam pelbagai aspek pengkhususan pekerjaan.

Lembaga Pengarah juga telah merancang satu pelan induk jangka panjang bagi melancarkan perjalanan pengurusan syarikat yang diambil alih oleh generasi keluarga yang muda yang mempunyai lebih 10 tahun pengalaman dalam bidang pentadbiran dan pemasaran.

SMO kini mempunyai kontrak berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelajaran serta lain lain organisasi kerajaan di Kelantan.

Sejarah Perkembangan Perniagaan SMO

1939 - Allahyarham Hj. Muda Osman memulakan perniagaan dengan menjual karung guni, pinggan mangkuk, kisaran dan kitab di bandar Pasir Mas.

1940an - Perniagaan runcit diteruskan di samping menjahit baju dan songkok.

1955 - Dilantik sebagai “sub-distributor” untuk mengedarkan rokok Malayan Tobacco Company di kawasan Pasir Mas.

1961 - Menukarkan perniagaan dari pinggan mangkuk dan peralatan dapur kepada buku dan alat tulis.

1962 - Dilantik menjadi ejen untuk mesin jahit jenama PFAFF (Jerman) di kawasan Pasir Mas.

1967 - Memasuki pasaran Kota Bharu dengan membuka sebuah kedai buku dan alat tulis di Bangunan Dewan Perniagaan Melayu.

1976 - Dilantik menjadi pengedar tunggal buku Dewan Bahasa dan Pustaka untuk seluruh negeri Kelantan.

1984 - Dilantik menjadi pengedar rokok Malaysian Tobacco Company bagi daerah Pasir Mas / Tumpat.

1987 - Syarikat Muda Osman diperbadankan menjadi sebuah syarikat sendirian berhad. Membawa konsep “kedai buku dan alat tulis serba lengkap serta selesa” dengan membuka sebuah kedai di Jalan Buluh Kubu, Kota Bharu.

1993 - Dilantik menjadi pengedar rokok Malaysian Tobacco Company bagi seluruh negeri Kelantan termasuk utara Terengganu.

1993 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Pasir Puteh.

Dec 1999 - Pengubahsuaian pejabat cawangan pengedaran rokok SMO di Machang menjadi kedai buku dan alat tulis.

Dec 1999 - Pengubahsuaian kedai buku dan alat tulis di Pasir Puteh untuk memberikan lebih keselesaan kepada pelanggan.

03 Apr 2000 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Jerteh, Terengganu.

01 Jun 2000 - Menyewa sebuah kilang dengan keluasan lebih 7,000 kaki persegi di Kawasan Industri MARA Fasa II, Pengkalan Chepa.

01 Aug 2000 - Membuka Galeri Buku DBP yang terletak di Tingkat Bawah, Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Timur, Jalan Hospital, Kota Bharu.

02 Sep 2000 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Tanah Merah.

02 Aug 2001 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di bangunan Hotel Suria, Jalan Padang Garong, Kota Bharu. Kawasan tersebut merupakan lokasi perniagaan yang terbaik di bandar Kota Bharu yang terletak bersebelahan dengan stesen bas.

14 Aug 2003 - Menyedari akan keperluan pengurusan dan stor yang kian meningkat bagi SMO, pihak pengurusan telah membuat keputusan untuk membeli sebuah kilang dari PKINK di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa II. Dengan keluasan lantai 24,000 kaki persegi di kawasan seluas 1 ekar, kilang tersebut telah di ubahsuai menjadi ibu pejabat SMO.

29 Jul 2004 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Rantau Panjang.

06 Jan 2005 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Kuala Krai.

28 Jul 2005 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Wakaf Che Yeh.

03 Apr 2006 - Membuka sebuah kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Kubang Kerian.

21 Dis 2006 - Membuka sebuah lagi kedai buku dan alat tulis serba lengkap di Bandar Pasir Mas.

10 Sept 2007 - Membuka sebuah kedai cenderahati di bandar Pasir Mas.

 
Berita terkini
Bilangan pelawat
Pelawat atas talian : 154
Terbanyak : 500
Jumlah Pelawat : 603216

Sejak : 01/08/2008
Maklumat