Amaran Warning: I am able to write to the configuration file: /home/mudaosma/public_html/includes/configure.php. This is a potential security risk - please set the right user permissions on this file.
Troli Beli Belah 1 item
Bahasa : Bahasa Malaysia  English  
Login
Email
Password
MainHistoryAbout UsContact UsMy AccountSpecial OffersNew Realeses


Oops!

It looks like you don't have flash player 6 installed. Click here to go to Macromedia download page.

Kategori
Cawangan
Jualan Terbaik
Bagitahu Rakan
Bagitahu seseorang yang anda kenal tentang produk ini.

If you cannot hear the sound, your computer or browser doesn't support the sound format

Or, you have your speakers turned off

Berita terkini
Halaman Keputusan:  1 

Pertandingan Cipta Logo SMO Bookstores
30/03/2013


TERMA DAN SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO SMO BOOKSTORES

Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd. (SMO) sedang menganjurkan Pertandingan Cipta Logo SMO BOOKSTORES bermula 27 Mac 2013 hingga 15 April 2013.
1. Penyertaan
1.1 Penyertaan pertandingan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Objektif pertandingan ini adalah untuk memilih satu reka bentuk logo yang sesuai untuk SMO BOOKSTORES.

2. Spesifikasi Reka Bentuk Logo
2.1 Reka bentuk logo mestilah ASLI dan mengandungi perkataan “SMO BOOKSTORES” sebagai sebahagian daripada logo yang dihasilkan. Paparan logo yang dihasilkan perlulah jelas dalam semua bentuk bahan bercetak dan elektronik.
2.2 Reka bentuk logo hendaklah menggambarkan identiti dan imej korporat SMO BOOKSTORES sebagai satu rangkaian kedai buku dan alat tulis serba lengkap.
2.3 Reka bentuk logo boleh dilukis dengan tangan (free hand) atau menggunakan grafik komputer.
2.4 Reka bentuk logo mestilah menarik, jelas, kemas dan mudah difahami.
2.5 Pereka hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk dan warna yang digunakan.
2.6 Reka bentuk logo boleh dihantar dalam bentuk cetakan (hard copy) di atas kertas A4 berwarna putih berukuran 21 cm x 29.7cm (tidak akan dikembalikan).
2.7 Reka bentuk logo yang menggunakan grafik komputer boleh dihantarkan dalam bentuk softcopy menggunakan pelbagai format seperti AI (Adobe IIlustrator), JPEG, TIF, PSD serta PDF.

3. Hadiah Pertandingan
3.1 Hanya satu reka bentuk logo sahaja akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini.
3.2 Pemenang pertandingan akan menerima sebuah iPAD MINI.

4. Syarat-syarat Pertandingan
4.1 Penyertaan adalah percuma. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
4.2 Setiap penyertaan perlu dinyatakan NAMA, NOMBOR KAD PENGENALAN, ALAMAT SURAT MENYURAT TERKINI, NOMBOR TELEFON dan E-MAIL (jika ada) yang boleh dihubungi.
4.3 SMO tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kerosakan atau apa-apa kos berkaitan dengan reka bentuk yang dihantar oleh peserta. Bukti penghantaran bukanlah bukti penerimaan.
4.4 Semua reka bentuk logo menjadi hak milik mutlak SMO dan tidak akan dikembalikan. SMO berhak menggunakan semua reka bentuk logo yang diterima tanpa sebarang syarat.
4.5 Penyertaan dibuka bermula daripada 27 Mac 2013. Tarikh akhir penerimaan penyertaan ialah pada hari Isnin 15 April 2013.

5. Panel Penilai
5.1 Keputusan pertandingan akan dibuat oleh panel penilai yang akan dilantik oleh SMO dan keputusan adalah muktamad.
5.2 Kriteria-Kriteria Penilaian Logo
Kreativiti reka bentuk grafik 30%
Keaslian 20%
Mudah difahami 20%
Identiti / imej korporat / warna 20%
Penerangan mengenai logo 10%
Jumlah Keseluruhan 100%
5.3 Panel penilai SMO berhak mengubahsuai dan meminda reka bentuk logo yang diterima sekiranya perlu dan logo tersebut akan diguna pakai serta menjadi hak milik mutlak SMO.

6. Penghantaran Penyertaan
Hantarkan penyertaan lengkap anda dalam bentuk hardcopy
atau CD atau USB drive (tidak akan dikembalikan) kepada:
Sekretariat Pertandingan Cipta Logo SMO Bookstores,
atau emailkan penyertaan anda ke

Syarikat Muda Osman Sdn. Bhd.
2422, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa 2,
16100 Kota Bharu, Kelantan.

ciptalogosmo@gmail.com


Jom Jadi Ahli SMO Card
23/03/2013


Tuntutan Diskaun Hari Lahir
23/03/2013
Dapatkan Diskaun Hari Lahir 20% bersempena dengan hari lahir anda... Jangan lepaskan peluang keemasan ini... Hanya sekali dalam setahun...



Promosi Ahli SMO Card: Mac
23/03/2013















Halaman Keputusan:  1 
Kembali
 
Berita terkini
Bilangan pelawat
Pelawat atas talian : 167
Terbanyak : 500
Jumlah Pelawat : 631326

Sejak : 01/08/2008
Maklumat